Natalie Joseph

Natalie mula pergi ke KAA pada Januari 2016 iaitu semasa berumur 4 tahun. Dia di diagnosis ASD pada bulan November 2015. Seperti kebanyakkan anak Autism yang lain,  Natalie juga belum boleh bercakap, tidak boleh duduk diam, suka menangis  dan mempunyai pelbagai masalah sensori seperti takut bunyi bising. Natalie sangat tegar dengan setiap perkara atau benda yang baharu. Dia akan mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri.

Setelah lebih setengah tahun di KAA, Natalie boleh duduk walaupun dalam masa yang pendek apabila diberi ‘table task’ , boleh respon apabila nama dipanggil, sudah boleh turun naik tangga dan lebih selesa berada di tempat yang ramai orang. Dia sudah tidak takut kepada orang yang bukan ahli keluarga. Dia juga boleh menyiapkan table task dirumah. Kemahiran motor halus juga menunjukkan peningkatan. KAA adalah tempat pertama di luar rumah yang Natalie pergi. Daripada situ kami perlahan-lahan bawa dia keluar dari rumah untuk berjalan-jalan, makan di luar dan menghantar dia ke tadika biasa. Dari segi kognitif juga ada sedikit peningkatan iaitu berkat kesabaran cikgu-cikgu di KAA. Di rumah biasanya saya akan buat juga aktiviti yang dapat membantu dia.

Sekarang memang banyak perubahan pada Natalie hasil kerja keras banyak pihak termasuk kami sekeluarga. Pada pendapat saya ibu bapa juga perlu memainkan peranan di rumah kerana masa anak di suatu centre amat terhad dan belum mencukupi. Kita perlu sabar dan terus berusaha membantu anak walaupun tak tahu bila kita akan lihat progress yang positif.

Ditulis oleh Puan Irene Singke (ibu kepada Natalie) 5 Oktober 2020

© 2020 - 2025 Kuching Autistic Association | Privacy Policy | Refund and Cancellation Policy