Adam

Kini saya juga boleh!

Adam berumur 4 tahun 6 bulan apabila menyertai KAA pada bulan March 2019. Dia telah didiagnosis “mild autism” oleh doctor pada Disember 2017. Sebelum menyertai KAA, Adam mempunyai masalah pertuturan, tiada interaksi mata, masalah sensori, motor kasar dan motor halus. Disebabkan itu, Adam sukar memberus gigi, memakai baju, seluar dan kasut dengan sendiri, mandi sendiri, tidak pandai minum menggunakan cawan atau gelas. Di samping itu juga, Adam juga menghadapi kesukaran untuk melompat, membaling & menendang bola, naik atau turun tangga dengan sendiri, masalah kerap terjaga dari tidur pada waktu malam, membuka zip beg dan juga tidak dapat makan dengan sendiri menggunakan sudu. Adam juga masih memerlukan bantuan apabila hendak membuang air besar atau kecil walaupun sudah tidak menggunakan lampin pakai buang sebelum masuk KAA lagi.

Selain itu juga, Adam mengalami kesukaran memegang pensel atau menulis, tidak boleh menunggu giliran sewaktu belajar dan bermain, membina bongkah mengikut contoh gambar yang diberikan dan tidak pandai mengayuh basikal. Segala aktiviti yang tidak dapat dilakukan oleh Adam masih lagi memerlukan pemantauan dan diberi bantuan. Walau bagaimanapun Adam seorang yang cepat belajar bila diajar, cuma fokus mudah terganggu ketika belajar dan memerlukan peringatan yang kerap. Sebelum menyertai KAA, Adam hanya boleh menyebut satu atau dua patah perkataan, ada ketikanya, sebutan kurang jelas dan masih lagi dalam peringkat echolalia.

Namun demikian, sejak masuk KAA, banyak perkembangan dan perubahan pada diri Adam dari segi kemahiran gross motor,fine motor, bahasa, kemahiran berkomunikasi, cognition, writing dan pengurusan kehidupan harian. Sepanjang di KAA, Adam telah mengikuti sesi ABA & LRFFC. Sejak masuk KAA dari March 2019 sehingga September 2020, Kebanyakan masalah-masalah yang sebelum ini tidak dapat dilakukan, boleh dilakukan oleh  Adam.

Adam sudah boleh mengeja dan menulis nama sendiri, menyebut nama penuhnya apabila ditanya, naik dan turun tangga tanpa memegang pemegang, boleh melompat, menendang bola, membaling bola, menaiki gelongsor di taman permainan dan mengayuh basikal sendiri. Selain itu, Adam juga banyak memberi respon apabila bercakap dan menyatakan kehendaknya seperti ingin makan sesuatu atau ingin berjalan-jalan ke pusat beli belah.

Di samping itu, Adam juga telah menguasai A-Z, mengenali nombor 1-100, bentuk dan warna, bahagian anggota badan, haiwan, buah-buahan dan pengangkutan. Walau bagaimanapun perkembangan bahasa Adam masih lagi pada tahap echolalia, di mana ada ketikanya Adam suka mengulang perkataan yang didengarnya. Adam telah menunjukkan minat pada pembelajaran baru yang diberi. Pergaulan juga ada peningkatan apabila bersama-sama dengan kawan-kawan dan boleh diajar oleh mana-mana guru di KAA.Sehingga kini, Adam masih lagi bersekolah di pra sekolah pendidikan khas. Terima kasih pada pihak KAA kerana sudi menerima dan memberi peluang pada Adam untuk belajar di KAA.

Ditulis oleh Mdm Jo (ibu Adam)

© 2020 - 2024 Kuching Autistic Association | Privacy Policy | Refund and Cancellation Policy