Yohan (bukan nama sebenar), umur 6 tahun mula masuk ke KAA pada Julai 2018. Yohan telah didiagnos doktor ADHD & Sensory Disorder. Semasa mula pergi ke KAA, Yohan memang menangis tidak mahu ditinggalkan sehingga saya terpaksa menunggu di ruang menunggu sehingga tamat kelas selama seminggu. Dia tidak suka bergaul dengan kawan-kawan mahupun kakak & adik nya di rumah. Begitu juga dengan cikgu yang di KAA, dia memang memilih belajar dengan cikgu dia sendiri sahaja.
5 – 6 bulan Yohan mula menunjukkan perkembangan yang bagus dari segi sensori. Dia sudah mula pandai bergaul dengan kawan-kawan dan boleh bertukar guru. Di rumah sudah pandai bermain dan bergaul dengan kakak dan adik. Setahun belajar di KAA, Yohan sudah pandai mengurus diri, tidak memakai lampin pakai buang dan boleh ke tandas untuk kencing dan membuang air besar dengan sendiri, pandai memakai baju dan seluar sendiri walaupun masih memerlukan pantauan orang dewasa. Perubahan ini betul-betul merupakan satu perubahan yang besar bagi kami sebagai ibu bapa.
Sekarang Yohan berasa seronok dan selesa datang ke KAA untuk menjalani sesi pembelajarannya. Kami berharap agar Yohan akan terus mendapat pembelajaran yang terbaik untuk perkembangan nya pada masa akan datang di KAA.
Ditulis oleh Puan Darwi (ibu Yohan)
2 Oktober 2020