Kebelakangan ini, aktiviti berkebun menjadi suatu aktiviti kesukaan ramai tanpa mengira lapisan masyarakatnya, bak kata perpatah “cinta lama bersulam kembali”. Demikian juga dengan Persatuan Autisme Kuching yang mana kini mula berjinak-jinak untuk menceburkan diri dalam aktiviti berkebun.
Sebagai mukadimah, aktiviti berkebun dalam Persatuan Autisme Kuching telah dijalankan pada awal September 2020 yang mana skala penanaman sayur-sayuran serta tumbuhan hijau hanya dilaksanakan pada skala yang kecil sahaja. Antara tanaman yang menjadi fokus utama pada projek ini termasuklah penanaman bendi, terung, sayur sawi, sayur bayam, buah naga dan tanaman hijau yang lain termasuklah bunga-bunga.
Secara amnya, aktiviti berkebun memberikan banyak manfaat kepada diri kita. Dengan aktiviti berkebun, ianya dapat mengekalkan pertumbuhan fizikal dan sosio-emosi kita. Disamping meningkatkan kemahiran interaksi sosial serta komunikasi kita khasnya bersama masyarakat umum.
Oleh hal demikian, secara rasionalnya terdapat beberapa objektif yang dapat kita huraikan mengapa aktiviti bercucuk tanam ini kepada kanak-kanak/remaja/dewasa autism. Antaranya termasuklah:-
Justeru, kanak-kanak/remaja/dewasa autisme juga akan didedahkan dengan kemahiran lain seperti membersihkan hasil tuaian, membungkus hasil tuai serta meletakkan harga pada setiap bungkusan sebelum aktiviti berjual dijalankan. Oleh hal demikian, selain daripada bimbingan dan interaksi bersama pendidik, sukarelawan juga digalakkan menceburkan diri pada aktiviti ini khasnya bersama kanak-kanak/remaja/dewasa autisme.
Seperti yang kita tahu, menjadi seorang sukarelawan merupakan tugas yang amat mulia. Perkataan sukarelawan boleh ditafsirkan sebagai seorang individu atau kumpulan yang menjalankan kerja-kerja sukarela yang bertujuan untuk memberi kesenangan dan kemudahan kepada masyarakat atau pihak yang memerlukan. Manakala, kerja-kerja kesukarelaan boleh dikatakan sebagai kerja yang dilakukan secara rela hati atau tiada paksaan daripada mana-mana pihak. Oleh itu, kita harus memahami konsep sukarelawan dan aktiviti-aktiviti kesukarelaan bagi memastikan kita dapat melahirkan sukarelawan yang berkualiti.
Bagi persatuan, kedatangan sukarelawan amatlah sangat dialu-alukan samada secara individu mahupun berkumpulan khasnya dalam membantu aktiviti bercucuk tanam di perkarangan Persatuan sendiri. Justeru, kerja-kerja sukarelawan tersebut tidak semestinya berbentuk kewangan, malah pihak persatuan juga memerlukan tenaga fizikal serta idea dalam membantu memperkembangan usaha dan aktiviti yang kerdil ini (bercucuk tanam).
Berikut antara peranan anda sebagai Sukarelawan boleh lakukan :-
Segala usaha dan bantuan anda amat kami hargai. Semoga tanggungjawab yang mulia ini dapat anda teruskan serta menjadi teladan kepada masyarakat di luar sana dalam membantu pihak-pihak yang memerlukan.